PENGENALAN
Pembelajaran Motor adalah berteraskan kepada pergerakan. Mengikut Cratty (1975). Pembelajaran Motor adalah perubahan tahap kemahiran yang stabil hasil dari percubaan yang berulang-ulang. Definisi lain yang diberikan oleh Drowatzky (1981) ‘ penyesuaian yang melibatkan pergerakan dan tindakbalas otot.’ Kesimpulannya, Pembelajaran Motor melibatkan pemikiran dan tubuh badan.
Kemahiran motor diguna dalam konteks yang berbeza:
1. Sebagai tugasan atau perlakuan
* mempunyai matlamat yang khusus untuk dicapai memerlukan pergerakan anggota badan
- ada tujuan
- secara sukarela
- memerlukan pergerakan anggota badan.
2. Sebagai indikator prestasi berkualiti
* kemahiran dinilai dengan prestasi yang produktif contoh: 60% -70% servis pertama dalam permainan tenis dikira dengan lakuan yang betul dan tepat
* prestasi individu yang tipikal ( characteristic performance) seperti prestasi
yang konsiten, mengguna tanda-tanda yang bermakna.
*** Kemahiran-Kemahiran Terasing, Berterusan, Bersiri.
*Kemahiran Terasing - permulaan daan akhiran lakuan aadalah jelas. Contoh:
- tendangan/pukulan penalti dalam permainan hoki
- lontar peluru
*Kemahiran Berterusan
- tidak ada permulaan dan akhiran masa yang jelas dan ianya berterusan .Contoh:
- mengelecek bola dalam permainan bola sepak/hoki
- berenang, berkayak
*Kemahiran Bersiri
- gabungan kemahiran-kemahiran terasing dalam satu masa perlakuan. Contoh:
- bermain piano, latihan lantai dalam gimnastik, melakukan pukulan
- pukulan sambil bergerak dalam permainan tenis
*Kemahiran-Kemahiran Motor Halus dan Kasar
Klasifikasi yang berasaskan kepada pergerakan dan daya yang digunakan dalam sesuatu kemahiran.
**Kemahiran Motor Kasar
- kemahiran yang melibatkan kumpulan otot-otot kasar/besar atau melibatkan
banyak anggota. Contoh: menendang bola, berenang, berjalan
**Kemahiran Motor Halus
- kemahiran yang melibatkan kumpulan ottot-otot kecil/ halus dan sukar dilihat.
Contoh: menulis, melukis
**Terdapat kesukaran dalam mengklasifikasikan sesetengah kemahiran
bagi menentukan kumpulan otot kasar atau halus. Contoh: mengimbang
di atas palang imbangan dengan sebelah kaki
Klasifikasi kemahiran ini dicadangkan oleh Poulton (1957) dan Knapp (1964). Kemahiran ini berasaskan kepada penyesuaian dengan persekitaran.
*Kemahiran Terbuka
- perubahan persekitaran yang sukar diduga dan ianya tidak stabil.
Contoh: pukulan rali dalam tenis, menembak pada sasaran yang bergerak*Kemahiran Tertutup
- persekitaran tetap dan stabil.
Contoh: bowling, menaiki tangga, menembak pada sasaran yang tetap Proses ppembelajaran motor seseorang individu banyak dipengaruhi oleh pemindahan pembelajaran. Magill (1985) menyatakan pemindahan pembelajaran adalah pengaruh kemahairan yang baru.
Definisi lain:
Singer (1980): “……..penggunaan pengalaman lepas dalam mempelajari
kemahiran baru pada situasi yang berlainan.”
Sage (1977) : “……...kesan pembelajaran lepas kepada penerimaan
pembelajaran yang baru.”
** Pemindahan Pembelajaran Berkonsepkan
Pengalaman, Kemahiran + Pengetahuan Lalu
+ = Disesuaikan dgn situasi baru
Pembelajaran Kemahiran Baru
**JENIS-JENIS PEMINDAHAN PEMBELAJARAN
1. Pemindahan Positif : pengalaman, pengetahuan dan kemahiran lepas
membantu pembelajaran tugasan baru.
2 Pemindahan Negatif : pengalaman, pengetahuan dan kemahiran lepas
menghalang pembelajaran tugasan baru.
3.Pemindahan Nuteral : pengalaman, pengetahuan dan kemahiran lepas tidak
memberi kesan kepada pembelajaran tugasan baru.
FAKTOR -FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMINDAHAN PEMBELAJARAN
a. pengalaman lepas
b. sifat tugasan c. elemen yang berpindah
d. tumpuan
e. pengetahuan tentang prinsip pembelajaran
f. tumpuan.
**PERBEZAAN INDIVIDU
Prestasi di antara seseorang individu dengan individu yang lain adalah berbeza. Perbezaan yang sangat nyata adalah pada umur dan jantina.
Contoh: - golongan lelaki boleh melakukan sesuatu aktiviti lebih baik daripada
golongan wanita dan sebaliknya.
- keupayaan memproses maklumat, menyimpan dan mengingat adalah
rendah di kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa.
Perbezaaan lain yang membezakan prestasi individu adalah:
a. Perbezaan kebolehan yang melibatkan kebolehan fizikal seperti kordinasi,
keseimbangan, kinestesis dan masa tindakan.
- kebolehan mental seperti tumpuan, persepsi, membuat keputusan dan kepintaran.
b. Baka.
c. Ciri-ciri fizikal, antaranya:
- tinggi - rasa
- berat
- susuk tubuh
- kekuatan
- pendengaran
- kelembutan
d. Kestabilan emosi.
- prestasi terjejas dengan tahap tekanan dan kebimbangan yang tinggi.e. Kematangan dan Pertumbuhan.
- kematangan adalah pada kadar yang berbeza samada fizikal atau mental seseorang. Umur kronologi tidak menunjukan kematangan seseorang.
f. Pembelajaran dan Pengalaman Lepas.
- pelajar baru mempunyai tahap prestasi yang rendah berbanding pelajarlama.
g. Motivasi.
- setiap individu mempunyai tahap motivasi dan pendorong yang berbeza terhadap sesuatu aktiviti.
h. Keadaan Persekitaran.
- persekitaran mempengaruhi pengalaman seseorang seperti alatan, bentukarahan dan keadaan cuaca.
i. Pengaruh Sosiobudaya.
- keadaan sosial - pengaruh budaya seperti latar belakang keluarga, ekonomi dan tradisi kebangsaan contoh: kurang perenang dan pemain tenis Amerika
dari orang-orang berkulit hitam.
SUMBER :http://zarin58.tripod.com/pmotor.htm
pasal sbjek nie ku lemah...tQ dgn info nya...hehhee
ReplyDelete