Friday 24 June 2011

Anoreksia Nervosa ???

          Apakah sebenarnya anoreksia nervosa? Penghidap penyakit ini kebiasaanya memilih untuk terus berlapar dan engggan mengekalkan berat ideal kerana mereka berpendapat mereka masih gemuk. Ia juga bermaksud mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit. Anoreksia lazimnya menyerang gadis – gadis remaja. Namun, penyakit ini juga boleh menyerang remaja lelaki dan orang dewasa.  Mereka yang menghidap penyakit ini terlalu obses untuk menjadi kurus kerana inginkan bentuk badan yang langsing bak model. Anoreksia nervosa  bukan sahaja mengalami masalah dengan pemakanan dan berat, tapi ia juga berkaitan dengan masalah gangguan emosi. Anoreksia juga  bermaksud mengambil makanan dalam jumlah yang sangat sedikit.

             Orang yang menghidap penyakit ini percaya yang mereka akan merasa gembira jika mereka kurus. Mereka ingin segalanya dalam kehidupan mereka kelihatan sempurna. Kebiasaannya, mereka yang mengalami gangguan ini  adalah pelajar yang mempunyai prestasi yang baik. Mereka banyak terlibat dengan aktiviti sekolah. Mereka akan menyalahkan diri mereka jika mereka tidak memperolehi gred yang baik atau perkara lain dalam kehidupan mereka adalah tidak sempurna.
         
TANDA –TANDA PENYAKIT ANOREKSIA NERVOSA 
- hilang berat badan akibat enggan makan. 
- bersenam secara keterlaluan 
- mengambil ubat julap dan ubat diuretik yang kerap 
- tidak mahu mengekalkan berat badan yang ideal.
- mereka gemuk sedangkan mereka adalah kurus 
- kelihatan letih dan lesu serta tidak bermaya sepanjang masa. 
- kurang darah dan tekanan darah mereka menjadi rendah. 
- kuku dan rambut mereka menjadi rapuh dan terdapat bulu roma halus menyaluti tubuh badan mereka. 
- Bagi wanita, mereka akan mendapat gangguan kitaran atau putus haid.
 
FAKTOR SESEORANG ITU MENJADI MANGSA ANOREKSIA NERVOSA
i) Faktor genetik
  Penyakit ini mudah berlaku dalam keluarga yang mempunyai sejarah masalah pemakanan. Contoh, ibu yang berpenyakit bulimia biasanya akan mempunyai anak yang mempunyai masalah ini juga.

ii) 
Faktor emosi 
    Seseorang yang mempunyai sikap merendahkan diri, merasakan dirinya tidak setaraf atau setanding orang lain, dan mempunyai masalah untuk menangani emosi sendiri lebih mudah terdedah kepada penyakit ini. 

iii) Faktor sosial 
 Di barat, masyarakatnya meletakkan kepuasan pada bentuk tubuh yang langsing sehinggah menyebabkan seseorang it menjadi mangsa penyakit anoreksia dan bulimia  ini tanpa mereka sedari. Mereka terlalu obses pada bentuk badan yang langsing seperti model dan akan cuba sedaya upaya mengawal berat badan sehingga menggadaikan nyawa mereka sendiri .



KESAN DAN AKIBAT
 
         Anoreksia nervosa boleh menyebabkan kematian akibat kelaparan atau cubaan membunuh diri. Mengikut kajian, 1 dari 10 orang meninggal dunia akibat penyakit ini. Kesan  lain akibat anoreksia ialah termasuklah gangguan degupan jantung, penghidap penyakit ini akan mengalami masalah rembesan hormon, gangguan pada kitaran haid, kemandulan, tulang menjadi rapuh, ketidakseimbangan bahan galian dalam badan dan gangguan pada sistem saraf.

RAWATAN
         Rawatan anoreksia nervosa adalah rumit kerana mereka yang menghidap penyakit ini merasakan tiada yang salah pada diri mereka . Dalam menangani penyakit anoreksia nervosa d diperlukan adalah kesedaran pesakit itu sendiri. Jika tiada kesedaran ia akan melambatkan proses rawatan .

         Rawatan pertama adalah rawatan perubatan  iaitu rawatan yang perlu sentiasa dipantau dan diawasi oleh pakar perubatan. Selalunya, rawatan ini difokuskan kepada pesakit yang lebih serius. Contohnya, pada mereka yang rendah paras potasiumnya akibat mengalami dehidrasi.

         Rawatan lain adalah rawatan psikologi yang melibatkan pihak professional untuk membantu mengurangkan masalah kemurungan pesakit. Dalam rawatan ini, sesi soal jawab akan dibuat dengan pesakit. Pihak professional akan cuba berbual  bual dengan pesakit dan memberi nasihat yang positif bagi meningkatkan tahap keyakinan diri pesakit itu sendiri.

         Selain itu, terapi keluarga juga merupakan salah satu rawatan untuk membantu pesakit anoreksia dan bulimia ini. Sokongan daripada keluarga, teman – teman dan orang terdekat memainkan peranan yang sangat penting untuk membantu memulihkan pesakit ini. Mereka ini harus memberi sepenuh sokongan dan perhatian agar mereka tidak merasa tersisih dan rasa disayangi

        Kesimpulannya, Anoreksia Nervosa d merupakan gangguan ataupun masalah yang biasanya dihadapi sebahagian besar wanita hari ini dan segelintir lelaki yang terlalu taksub untuk sentiasa kelihatan ramping dan langsing. Penyakit ini adalah penyakit yang timbul akibat faktor psikologi, budaya, genetik, dan persekitaran. Pesakit yang menghidap kedua-dua penyakit ini agak sukar dikesan oleh pakar perubatan kerana ramai pesakit ini akan buat seolah-olah mereka tiada beza dengan orang sihat yang lain.

         Oleh itu, peranan media massa adalah sangat penting dalam mempengaruhi jiwa remaja dan dewasa dengan memaparkan bentuk dan susuk tubuh badan wanita secara realistik. Media harus menekankan bahawa memiliki susuk tubuh badan yang terlalu kurus adalah tidak digalakkan untuk dipaparkan. Selain itu, keyakinan dan harga diri yang baik dan tinggi serta hubungan kekeluargaan yang erat  dan positif dapat mengatasi masalah gangguan gaya dan pola pemakanan yang tidak sihat.








2 comments:

  1. Semoga catatan ini dapat memberi teladan dan panduan kepada wanita hari ini dan segelintir lelaki agar jangan terlalu taksub untuk sentiasa kelihatan ramping dan langsing.

    ReplyDelete
  2. yap..btul 2...lau kurus sgt pn xcntik n xshat..huhuhu

    ReplyDelete