Monday 13 June 2011

7 TIP AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT & BERKESAN

7 Tip Jackie Warner Amalkan Gaya Hidup Sihat dan Diet Berkesan
Jackie Warner merupakan seorang jurulatih bertauliah. Beliau seringkali terlibat dalam latihan-latihan kecergasan, pengurusan diet untuk selebriti terkenal di Amerika Syarikat. Warner juga merupakan seorang penulis buku yang berjudul This is Why You’re Fat, sebuah buku yang menerangkan kenapa kebanyakan orang masih gagal, untuk menurunkan berat badan.
Dalam temubual beliau bersama the Star di Toronto, Warner menyatakan orang ramai melakukan kesilapan ketika bersenam, yakni mereka seringkali melakukan senaman dalam jangka masa yang lama.
Menurut beliau, “Ia bukan berapa lama kita bersenam, tetapi betapa kuat kita melakukan senaman itu.”

Meskipun beliau seorang jurulatih yang dibayar dengan harga yang tinggi, bagi membantu orang menurunkan berat badan, namun Warner memberitahu kita tidak sewajarnya bergantung pada jurulatih.
Ini kerana terdapat beberapa prinsip dan tip yang boleh digunakan, bagi menurunkan berat badan dengan efektif. Meskipun kita tidak membayar jurulatih keseorangan.

Berikut adalah 7 tip yang dikongsikan oleh Jackie Warner, bagi seseorang itu mengamalkan gaya hidup sihat dan diet yang baik.
Tip 1 – Jangan terpengaruh dengan label makanan ‘Bebas Lemak’
Kata beliau, walaupun terdapat makanan yang dijual mempunyai label ‘bebas lemak’, kita perlu berhati-hati jika mahu memakannya. Ini kerana kebanyakan produk makanan yang bebas lemak, sarat dengan kandungan gula yang tinggi.
Apabila kandungan gula dalam badan tinggi, berat badan seseorang akan mudah bertambah. Salah satu contoh makanan yang mempunyai kandungan gula yang terselindung adalah:
  • Roti.
  • Crackers.
  • Chips.
Tip 2 – Lakukan senaman percuma setiap hari
Seperti yang dinyatakan oleh Warner sebelum ini, kita tidak perlu mempunyai jurulatih perseorangan untuk menurunkan berat badan. Ini kerana kita boleh lakukan senaman secara persendirian.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan, dan disarankan oleh beliau adalah meluangkan sekitar 20 hingga 30 minit, untuk berjalan atau joging di sekitar kawasan rumah.
Tip 3 – Belajar melakukan senaman bagi membina abs
Kita tidak perlu bekerja keras untuk membina abs yang cantik seperti 6-pack. Tetapi latihan abs dapat membantu, untuk membentuk bahagian perut menjadi cantik dan menawan. Secara asasnya, kita boleh lakukan aktiviti seperti:
  • Pushups.
  • Squats.
  • Pull-ups.
Tip 4 – Tingkatkan usaha ketika bersenam
Seperti kata-kata Jackie Warner, “Ia bukan berapa lama kita bersenam, tetapi betapa kuat kita melakukan senaman itu.” Ini bermakna kita perlu tingkatkan usaha ketika melakukan senaman. Sebagai contoh, apabila kita mempunyai masa 10 minit untuk bersenam, lakukan sebaik yang mungkin, supaya tubuh badan kita dapat merasai regangan yang dilakukan.
Tip 5 – Letakkan matlamat yang spesifik
“Saya hanya mahu turunkan berat badan.”
Matlamat seperti di atas tidak akan membantu kita untuk menurunkan berat badan yang diinginkan. Menurut Warner, setiap klien beliau yang berjaya, khususnya selebriti mempunyai matlamat yang spesifik.
Sebagai contoh, kita boleh letakkan matlamat untuk melakukan 5 kali pushups dalam masa sehari, atau joging di sekitar kawasan rumah sebanyak 2 pusingan dalam masa 20 minit.
Tip 6 – Dengarkan lagu ketika bersenam
Kajian beliau mendapati, apabila seseorang melakukan senaman sambil mendengar lagu, ia akan mendorong mereka untuk melakukan senaman dengan lebih kuat, dan memotivasikan diri untuk menghabiskan senaman yang dirancang.
Tip 7 – Makan makanan yang sihat dan kurang sihat
Ini bermaksud kita perlu klasifikasikan makanan harian. Kita perlu makan makanan yang sihat dahulu, dan dituruti dengan makanan yang kurang sihat. Contoh daripada Jackie Warner, jika beliau memesan makanan seperti burger, beliau akan makan salad terlebih dahulu, kemudian ambil sedikit kuantiti burger dan kentang goreng.

2 comments:

  1. kalau la boleh muatkan program makanan sehat dalam seminggu...tu lg best.x susa mau pikir pasal diet..heheheh.

    ReplyDelete
  2. yang ni interesting hihihi

    ReplyDelete