Saturday 2 July 2011

LOMPAT TINGGI - Bahagian 1


1.1      PENGENALAN
Lompat Tinggi merupakan satu acara sukan yang mengunakan ketinggian sebagai penentu kejayaan. Acara lompat tinggi ini sudah lama bertapak di arena sukan olahraga dalam dikategorikan dalam acara padang. Acara lompat tinggi memberi kebebasan kepada peserta untuk memilih gaya lompatan yang sesuai dengan daya serta keupayaan mereka.
Menyorot kembali perkembangan acara lompat tinggi, cara dan teknik lompat tinggi telah mengalami perubahan daripada aspek gaya lompatan, pusingan dan juga flop. Banyak gaya lompatan terdapat dalam acara ini seperti gaya gunting dan gaya timur. Namun setelah melalui beberapa transisi, atlit pelompat tinggi sekarang lazimnya mengunakan teknik lompatan Fosbury Flop.
Di Malaysia, antara atlit lompat tinggi terbaik adalah Ramjit Singh, Lou Chee Peng, Lee Kum Zee dan Nor Aishah Ismail. 

SEJARAH LOMPAT TINGGI
Catatan terawal tentang lompat tinggi ialah pada abad ke- 19 apabila suatu pertandingan diadakan bagi menentukan siapa antara segolongan professional di England yang mampu melompat paling tinggi.

Lompat tinggi telah dipertandingkan di Sukan Olimpik sebagai acara individu dan termasuk sekali dalam acara Lelaki Decathlon dan Perempuan Heptathlon.  Dimulakan seawal Olimpik pada zaman Greece, rekod pertama acara Lompat Tinggi dicatatkan di Scotland dengan pencapaian melebihi 1.68 m oleh peserta pada masa itu. Lompatan yang dibuat oleh peserta itu merupakan yang paling tinggi bukan sahaja dibandingkan di kalangan peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan itu. Malah ketika itu, belum pernah ada orang lain yang melompat setinggi itu. . Namun begitu orang yang pertama berjaya melepasi paras 7 kaki dalam dunia ialah Charles Dumas dari Amerika dalam Kejohanan Olimpik 1956 dengan lompatan setinggi 7 kaki 0.3 inci.

Acara lompat jauh ini mengandungi 4 fasa iaitu:
a)     Penujuan – larian menghala ke palang
b)     Lonjakan – tindakan kaki untuk menaikkan badan
c)     Layangan – gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas palang.
d)     Pendaratan – sentuhan badan dan bahagiannya dengan tempat mendarat

Menurut Dick Fosbury, pengasas gaya Fosbury dalam lompat tinggi, latihannya berpusatkan kekuatan latihan yang digunakan, menjadi kawan baik dengan jurulatih dan menanamkan semangat untuk memecahkan rekod dunia dan akhirnya dia mendapat pingat emas dalam Olimpik. Setiap lompatan mengandungi fasa penujuan larian, penukaran kelajuan secara mendatar kepadakelajuan menegak dan pendaratan. Perkara ini mempunyai banyak kesinambungan daripada satu acara ke acara yang lain. Jika sesuatu konsep mekanikal difahami, ia akan mudah digunakan untuk acara yang lain.

Perkembangan domestik acara lompat tinggi ini menyaksikan negara telah melahirkan beberapa atlit lompat tinggi yang berwibawa bukan sahaja di peringkat negara namun juga di peringkat Asia. Nama- nama seperti Ramjit Singh, Lou Chee Peng, Lee Kum Zee dan Nor Aishah Ismail cukup sinonim dengan acara sukan ini. Lee Hup Wei merupakan pemegang rekod lompat tinggi kebangsaan dengan catatan 2.27 meter ketika Kejohanan Asian Grand Prox di Chennai India.

Kini lompat tinggi merupakan salah satu acara bahagian padang dalam sukan olahraga yang terus dijadikan acara dalam setiap perjumpaan olahraga di pelbagai peringkat

UKURAN




  1. Tiang Lompat Tinggi
Tiang Lompat Tinggi ini hendaklah dijarakkan pada jarak minimum 4 meter atau maksimum 4.04 meter dari bahagian dalam

2.    Palang Lompat Tinggi
Panjang palang lompat tinggi ini hendaklah sesuai dengan jarak kedua-dua tiang yang dipasangkan. Berat maksimum palang ini ialah 2 kg. Palang ini diletakkan pada tiang menerusi alat sokongan khas. Alat sokongan ini hendaklah berbentuk segi empat rata dan berukuran 4 cm lebar dan 6 cm panjang.

3.    Kawasan Mendarat
Kawasan mendarat dalam acara lompat tinggi ini adalah tilam atau pengalas lembut bergetah dan berbentuk segiempat dengan saiz 5 meter panjang dan 4 meter lebar dan 1 meter tebal.

4.    Pita Pengukur
Pita pengukur digunakan untuk mengukur ketinggian lompatan yang dilakukan oleh peserta. Pengukuran ketinggian hendaklah dibuat sebelum acara lompatan. Pegawai pertandingan terlebih dahulu akan memulakan acara ini pada suatu ketinggian tertentu mengikut keupayaan para peserta dan ketinggian lompatan akan diukur daripada bahagian tengah palang ke aras tanah.

    UNDANG - UNDANG DAN PERATURAN ACARA LOMPAT TINGGI

Lompat tinggi mempunyai undang – undang dan peraturan yang khusus yang telah ditetapkan sama oleh IAAF seperti acara padang yang lain  dan harus dipatuhi oleh semua peserta dan pegawai yang terlibat dalam acara ini.

  1. Peserta hendaklah membuat lompatan mengikut susunan yang ditetapkan menerusi undian yang dilakukan sebelum pertandingan bermula.

  1. Peserta hendaklah membuat lompatan dengan menggunakan mana-mana sebelah kakinya semasa melonjak.

  1. Peserta boleh memilih arah atau sudut dari kawasan larian untuk memulakan larian untuk melompat.

  1. Pada permulaan pertandingan, pegawai pertandingan hendaklah memaklumkan kepada semua peserta ketinggian minimum yang akan digunakan sebagai ketinggian kelayakan. Setiap kali peserta berjaya melepasi ketinggian itu, palang akan dinaikkan dan peserta dikehendaki melompat melepasi aras bahu sehinggalah semua peserta gagal melepasi ketinggian itu.

  1. Peserta yang gagal melepasi palang pada sesuatu ketinggian selepas tiga percubaan akan terkeluar daripada pertandingan dan pencapaian peserta dikira pada ketinggian tertinggi yang berjaya dilepasinya sebelum itu.

  1. Peserta boleh meneruskan lompatan pada ketinggian baharu, walaupun peserta lain gagal melakukannya, sehinggalah dia gagal melepasi ketinggian itu.

  1. Kedua-dua tiang lompat tinggi hendaklah kekal di tempat yang ditetapkan dan tiang-tiang itu tidak boleh diubah ke tempat lain. Jika terpaksa berbuat demikian, pengubahan hendaklah dilakukan selepas semua peserta menamatkan lompatan pada sesuatu ketinggian tertentu.

  1. Peserta dibenarkan meletakkan penanda yang disediakan oleh pegawai pertandingan untuk mengukur larian sendiri sebelum membuat lompatan.

  1. Jika lebih daripada seorang peserta yang mampu melepasi suatu ketinggian tetapi gagal melepasi ketinggian berikut, maka peserta yang melepasi ketinggian itu dengan jumlah lompatan yang sedikit dikira pemenang. Jika selepas itu, masih ada lebih daripada seorang peserta yang berjaya, peserta dengan lompatan yang lebih sedikit pada ketinggian sebelumnya dikira pemenang.

  1. Peserta dikatakan telah melakukan kesalahan sekiranya dia :


    1. Menyebabkan palang pada tiang lompat tinggi terjatuh daripada penyokongnya, akibat terkena mana-mana bahagian tubuhnya.

    1. Terlebih dahulu menyentuh tempat atau kawasan pendaratan dengan sebarang bahagian tubuhnya, sama ada di dalam atau di luar daripada tiang, sebelum melepasi palang lompat tinggi.

    1. Gagal membuat lompatan setelah namanya telah dipanggil untuk berbuat demikian oleh pegawai pertandingan, atau dia terus menarik diri daripada sesuatu lompatan tertentu.

    1. Tidak mematuhi peraturan dan undang-undang lompat tinggi yang termasuk dari segi aturan pertandingan, tata tertib, pakaian dan tidak menghadirkan dri.

Friday 24 June 2011

RASUAH MUSNAHKAN BOLA SEPAK

Sukan bola sepak menjadi kegemaran setiap lapisan masyarakat di serata dunia secara umumnya dan di Malaysia secara khususnya. Kalau dulu, peminat sukan ini majoritinya adalah kaum Adam, kini kaum Hawa juga tidak ketinggalan menjadi peminat fanatik kepada sukan kegilaan semua bangsa tanpa mengira sempadan mahu pun warna kulit. 

Piala Dunia 2010 yang dianjurkan di Afrika memberikan FIFA perolehan AS$3.64 bilion atau RM11.04 bilion. Jumlah ini tidak termasuk kesan limpahan kepada industri lain seperti industri makanan, cenderahati dan lain-lain.

Ini jelas menunjukkan industri bola sepak adalah sangat lumayan dan berpotensi menjana keuntungan kepada setiap lapisan masyarakat. Negara penganjur bakal mendapat pembiayaan daripada penganjur dan penaja, syarikat besar dapat menjual produk mereka, peniaga kecil dan orang perseorangan dapat menjual cenderahati, pelbagai jenis barang keperluan dan juga makanan dan minuman untuk dinikmati ketika perlawanan dianjurkan.
Namun, rasuah boleh muncul dalam bentuk mengatur perlawanan melalui sogokan kepada pemain tertentu. Terbaru, dilaporkan bahawa seorang ahli perniagaan menyogok RM1,200 kepada enam pemain bola sepak Terengganu bagi mengatur perlawanan menentang Selangor pada Mac tahun lalu. 

Isu-isu sebegini menyebabkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak tidur malam menangani gejala tidak bermoral ini demi menjaga imej industri bola sepak di Malaysia. Pada peringkat antarabangsa, rasuah di dalam industri ini adalah lebih parah apabila calon Presiden FIFA, Mohammad Hammam dituduh memberi rasuah bagi memenangi pemilihan jawatan itu. 

Siapakah yang menanggung bahana daripada aktiviti keji ini? Minat terhadap sesuatu sukan datangnya daripada naluri setiap insan tanpa dipaksa oleh sesiapa. Lantas, setiap peminat adalah teruja untuk menyaksikan kehebatan pasukan yang diminati bertanding. 

Sudah pasti tindakan mengatur perlawanan akan mengundang kemarahan mereka yang jujur dan prihatin kepada sukan bola sepak. Kesan daripada rasa tidak puas hati sekiranya keprihatinan mereka tidak diambil tindakan sewajarnya, industri bola sepak akan dipinggirkan sehingga ia menjadi mundur seperti mana yang terjadi pada 1990-an. 
Penganjur akan kehilangan peluang menjual tiket, penaja mula menjauhkan diri dan stadium menjadi lengang seolah-olah tiada sebarang perlawanan dianjurkan pada hari pertandingan. 

Islam memandang setiap insan harus menunaikan hak orang lain ke atas diri mereka. Juga, penaja yang memberikan wang ringgit mereka dengan hasrat mendapat publisiti meluas mempunyai hak sedemikian ketika dan selepas berlangsungnya pertandingan bola sepak. 

Sekiranya berlaku rasuah bola sepak, hak penonton, penaja dan kerajaan telah dirampas oleh pemberi dan penerima rasuah. Ini satu jenayah di sisi Islam dan mereka harus bertanggungjawab bagi perlakuan keji yang telah dilakukan. 

SUMBER :PROF MADYA DR ZULKARNAIN MUHAMAD SORI, Universiti Putra Malaysia, Serdang

Anoreksia Nervosa ???

          Apakah sebenarnya anoreksia nervosa? Penghidap penyakit ini kebiasaanya memilih untuk terus berlapar dan engggan mengekalkan berat ideal kerana mereka berpendapat mereka masih gemuk. Ia juga bermaksud mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit. Anoreksia lazimnya menyerang gadis – gadis remaja. Namun, penyakit ini juga boleh menyerang remaja lelaki dan orang dewasa.  Mereka yang menghidap penyakit ini terlalu obses untuk menjadi kurus kerana inginkan bentuk badan yang langsing bak model. Anoreksia nervosa  bukan sahaja mengalami masalah dengan pemakanan dan berat, tapi ia juga berkaitan dengan masalah gangguan emosi. Anoreksia juga  bermaksud mengambil makanan dalam jumlah yang sangat sedikit.

             Orang yang menghidap penyakit ini percaya yang mereka akan merasa gembira jika mereka kurus. Mereka ingin segalanya dalam kehidupan mereka kelihatan sempurna. Kebiasaannya, mereka yang mengalami gangguan ini  adalah pelajar yang mempunyai prestasi yang baik. Mereka banyak terlibat dengan aktiviti sekolah. Mereka akan menyalahkan diri mereka jika mereka tidak memperolehi gred yang baik atau perkara lain dalam kehidupan mereka adalah tidak sempurna.
         
TANDA –TANDA PENYAKIT ANOREKSIA NERVOSA 
- hilang berat badan akibat enggan makan. 
- bersenam secara keterlaluan 
- mengambil ubat julap dan ubat diuretik yang kerap 
- tidak mahu mengekalkan berat badan yang ideal.
- mereka gemuk sedangkan mereka adalah kurus 
- kelihatan letih dan lesu serta tidak bermaya sepanjang masa. 
- kurang darah dan tekanan darah mereka menjadi rendah. 
- kuku dan rambut mereka menjadi rapuh dan terdapat bulu roma halus menyaluti tubuh badan mereka. 
- Bagi wanita, mereka akan mendapat gangguan kitaran atau putus haid.
 
FAKTOR SESEORANG ITU MENJADI MANGSA ANOREKSIA NERVOSA
i) Faktor genetik
  Penyakit ini mudah berlaku dalam keluarga yang mempunyai sejarah masalah pemakanan. Contoh, ibu yang berpenyakit bulimia biasanya akan mempunyai anak yang mempunyai masalah ini juga.

ii) 
Faktor emosi 
    Seseorang yang mempunyai sikap merendahkan diri, merasakan dirinya tidak setaraf atau setanding orang lain, dan mempunyai masalah untuk menangani emosi sendiri lebih mudah terdedah kepada penyakit ini. 

iii) Faktor sosial 
 Di barat, masyarakatnya meletakkan kepuasan pada bentuk tubuh yang langsing sehinggah menyebabkan seseorang it menjadi mangsa penyakit anoreksia dan bulimia  ini tanpa mereka sedari. Mereka terlalu obses pada bentuk badan yang langsing seperti model dan akan cuba sedaya upaya mengawal berat badan sehingga menggadaikan nyawa mereka sendiri .



KESAN DAN AKIBAT
 
         Anoreksia nervosa boleh menyebabkan kematian akibat kelaparan atau cubaan membunuh diri. Mengikut kajian, 1 dari 10 orang meninggal dunia akibat penyakit ini. Kesan  lain akibat anoreksia ialah termasuklah gangguan degupan jantung, penghidap penyakit ini akan mengalami masalah rembesan hormon, gangguan pada kitaran haid, kemandulan, tulang menjadi rapuh, ketidakseimbangan bahan galian dalam badan dan gangguan pada sistem saraf.

RAWATAN
         Rawatan anoreksia nervosa adalah rumit kerana mereka yang menghidap penyakit ini merasakan tiada yang salah pada diri mereka . Dalam menangani penyakit anoreksia nervosa d diperlukan adalah kesedaran pesakit itu sendiri. Jika tiada kesedaran ia akan melambatkan proses rawatan .

         Rawatan pertama adalah rawatan perubatan  iaitu rawatan yang perlu sentiasa dipantau dan diawasi oleh pakar perubatan. Selalunya, rawatan ini difokuskan kepada pesakit yang lebih serius. Contohnya, pada mereka yang rendah paras potasiumnya akibat mengalami dehidrasi.

         Rawatan lain adalah rawatan psikologi yang melibatkan pihak professional untuk membantu mengurangkan masalah kemurungan pesakit. Dalam rawatan ini, sesi soal jawab akan dibuat dengan pesakit. Pihak professional akan cuba berbual  bual dengan pesakit dan memberi nasihat yang positif bagi meningkatkan tahap keyakinan diri pesakit itu sendiri.

         Selain itu, terapi keluarga juga merupakan salah satu rawatan untuk membantu pesakit anoreksia dan bulimia ini. Sokongan daripada keluarga, teman – teman dan orang terdekat memainkan peranan yang sangat penting untuk membantu memulihkan pesakit ini. Mereka ini harus memberi sepenuh sokongan dan perhatian agar mereka tidak merasa tersisih dan rasa disayangi

        Kesimpulannya, Anoreksia Nervosa d merupakan gangguan ataupun masalah yang biasanya dihadapi sebahagian besar wanita hari ini dan segelintir lelaki yang terlalu taksub untuk sentiasa kelihatan ramping dan langsing. Penyakit ini adalah penyakit yang timbul akibat faktor psikologi, budaya, genetik, dan persekitaran. Pesakit yang menghidap kedua-dua penyakit ini agak sukar dikesan oleh pakar perubatan kerana ramai pesakit ini akan buat seolah-olah mereka tiada beza dengan orang sihat yang lain.

         Oleh itu, peranan media massa adalah sangat penting dalam mempengaruhi jiwa remaja dan dewasa dengan memaparkan bentuk dan susuk tubuh badan wanita secara realistik. Media harus menekankan bahawa memiliki susuk tubuh badan yang terlalu kurus adalah tidak digalakkan untuk dipaparkan. Selain itu, keyakinan dan harga diri yang baik dan tinggi serta hubungan kekeluargaan yang erat  dan positif dapat mengatasi masalah gangguan gaya dan pola pemakanan yang tidak sihat.








Friday 17 June 2011

PSIKOLOGI DALAM SUKAN





Video ringkas ini mempunyai pelbagai unsur psikologi yang boleh diterapkan dalam diri seorang atlit. Di dalam sukan, selain aktiviti kecergasan fizikal, amalan pemakanan dan latihan yang berterusan, psikologi memainkan peranan yang amat penting dalam menguatkan emosi dan mental justeru menyumbang kepada prestasi seseorang atlit itu.


Untuk pengetahuan semua filem ini bukan sahaja memberi unsur pengajaran dalam sukan, malah dalam kehidupan seseorang. Tiada yang mustahil di dunia ini untuk di gapai jika anda tekun berusaha tanpa mengenal erti putus asa. Pensyarah saya pernah berpesan:


                  Setiap KEJAYAAN itu disertai dengan PENGORBANAN
                                                           dan
    BIASAkan apa yang BETUL dan BETULkan apa yang BIASA anda lakukan 


Selamat Menonton...


Filem : The Greatest Game Ever Played (2005) karya Mark Frost

MASALAH OBESITI DI KALANGAN KANAK-KANAK SEMAKIN SERIUS

MASALAH obesiti atau kegemukan di kalangan kanak-kanak semakin serius apabila dianggarkan 40 peratus berlaku berikutan gaya hidup ibu bapa yang gemar membawa keluarga makan di luar terutama pada waktu malam.

Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA), Prof Dr Zulkifli Ismail, berkata masalah itu lebih ketara terutama di kawasan Pantai Barat seperti di Lembah Klang yang sudah menjadi kebiasaan dengan cara hidup sedemikian.

“Gaya hidup yang lebih kepada bersenang-lenang seperti bermain komputer, menonton, bermain video, penurunan aktiviti fizikal dan peningkatan pengambilan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi juga menyumbang kepada obesiti,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Kongres Saintifik Tahunan MPA, di Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Kongres berkenaan dilancarkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan, Hal-Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri, Toh Chin Yaw dan Ketua Jabatan Pediatrik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Datuk Dr Jimmy Lee Kok Foo.
Prof Zulkifli berkata, kanak-kanak yang mengalami obesiti biasanya membesar sebagai orang dewasa yang gemuk dan terdedah kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya seperti darah tinggi, kencing manis, masalah jantung serta barah.

Katanya, walaupun tiada kajian menyeluruh dilakukan, berdasarkan kepada gaya hidup yang diamalkan masyarakat kini, ia menyumbang kepada peningkatan kadar obesiti kanak-kanak.

Mengikut data rasmi Kementerian Kesihatan, kadar obesiti kanak-kanak negara ini adalah 15 peratus, tetapi jumlah itu dipercayai lebih tinggi sekarang terutama di Kuala Lumpur dan Selangor yang mencecah antara 30 hingga 40 peratus.

“Masalah itu perlu diberi perhatian serius kerana berat badan yang berlebihan boleh membawa risiko kesihatan berpanjangan. Obesiti pada kanak-kanak tidak boleh dipandang mudah dan apa yang boleh dilakukan ialah dengan mengubah kepada gaya hidup yang lebih selamat,” katanya.
Sementara itu, Idris berkata, Terengganu mencatatkan kadar kematian bayi baru lahir tertinggi di negara ini iaitu 6.8 kes bagi setiap 1,000 kelahiran.

Katanya, kekurangan perkhidmatan pediatrik di hospital dan pusat kesihatan di negeri itu menyebabkan kadar kematian bayi baru lahir di Terengganu tinggi. Beliau berkata, ketika ini ada lima pakar, 20 doktor dan 160 jururawat pediatrik di HSNZ dan jumlah itu tidak mencukupi berbanding 400,000 kanak-kanak daripada sejuta populasi penduduk di Terengganu.

Wednesday 15 June 2011

SOFBOL @ BOLA LISUT BHGN 2

 PADANG SOFBOL



Padang sofbal berbentuk potongan wajik. Dipecahkan kepada daerah fair (fair territory) dan daerah foul (foul territory). Lebih jauh dalam daerah fair terbagi menjadi dua bahagian, Infield, dan outfield.
Di dalam daerah infield terdapat 4 base. Setiap base diberi nombor berlawanan dengan arah jam. Dimulai dari base perumah yang disebut home plate, diteruskan dengan base pertama, base kedua dan base ketiga. Base berbentuk berlian ini mempunyai ukuran sisi 38 cm (15 inci) yang dibuat sedikit lebih tinggi dari permukaan tanah. Di belakang home plate terdapat penghadang yang disebut backstop sejauh 7.62 dan 9.14 meter di belakang home plate. Jarak antara setiap base ditentukan oleh kategori seperti dalam jadual dibawah ini.

JARAK FAST PITCH JARAK SLOW PITCH 60 kaki (18.29 m) 60 kaki atau 65 kaki (19.81 m) Manakala jarak bagi tempat melempar (pitching) fast pitch dengan home base ditentukan beradasarkan jadual dibawah ini. Dewasa bawah 18 tahun bawah 15 tahun Lelaki Wanita Wanita Lelaki Wanita lelaki 43kaki (13.11 m) 46 kaki (14.02 m) 40 kaki (12.19 m) atau 35 kaki 46 kaki (14.02 m) 40 kaki (12.19 m) atau 35 kaki 46 kaki (14.02 m) Jarak melempar (pitching) slow pitch yang ditentukan berdasarkan kepada jadual berikut; Dewasa bawah 18 tahun bawah 15 tahun Wanita Lelaki Wanita Lelaki Wanita Lelaki 50 kaki (14.02 m) 50 kaki (15.24 m) 50 kaki (14.02 m) 46 kaki (14.02 m) 50 kaki (14.02 m) 46 kaki (14.02 m).

PERALATAN

Bola sofbal

Minima peralatan yang diperlukan dalam sebuah pertandingan sofbal termasuk sebiji bola. Sofbal menggunakan bola berwarna putih atau kuning dengan benang grip berwarna merah, yang sebelumnya berwarna putih dengan grip putih. Sarung tangan (glove) dikenakan oleh seluruh pemain bertahan untuk menangkap bola, sementara first baseman dan catcher mengenakan mitt (glove mempunyai jari, sedangkan mitt tidak).


Kayu pemukul

Kayu pemukul (bat) yang digunakan dalam pertandingan rasmi adalah bat khusus yang diperuntukkan untuk sofbal. Penentuan dan ciri bat yang boleh digunakan tertakluk dalam peraturan Softball International Federation (SIF). Batter helmet dipakai untuk melindungi kepala seorang batter dari terkena bola semasa berada di dalam padang permainan. Sementara itu, bagi seorang penangkap bola (catcher) mesti mengenakan pakaian pelindung (protective gear)dan kasut pool (cleats).


Pakaian seragam

Yang terakhir adalah uniform atau seragam. Tiap pemain menggunakan baju, seluar, dan topi yang seragam atau berwarna dasar sama. Semakin tinggi tingkat pertandingannya, semakin ketat dalam peraturan seragamnya. Semua peralatan dan kelengkapan itu adalah wajib bagi setiap pasukan dalam melaksanakan pertandingan rasmi

PENGADIL
Dalam pertandingan sofbal terdapat minimal pertama orang hingga tujuh orang hakim pertandingan yang disebut umpire. Terdapat seorang plate umpire dan tiga base umpire yang menjaga pertandingan. Selebihnya umpire memantau daerah outfield. Dalam pertandingan fast pitch, hakim adalah seramai empat umpires (seorang plate umpire, tiga base umpire). Istilah untuk seorang umpire adalah “blue”, disebabkan seragam mereka selalu berwarna biru. 
Posisi seorang umpire adalah berdiri di belakang catcher dan batter. Berfungsi untuk melihat arah datangnya bola yang dilempar pitcher ke catcher apakah itu strike atau ball. Umpire juga mengawasi jalannya permainan dengan cermat untuk menentukan peristiwa yang sebenarnya terjadi dan menjaga agar pemain mematuhi peraturan. 
Sebagai pemimpin pertandingan adalah Umpire plate. Kerana sifatnya sebagai pemimpin pertandingan, kekuasaan umpire plate dalam sebuah pertandingan sofbal adalah mutlak, Walaupun dapat diprotes (appealed) keputusannya tidak dapat diganggu gugat apabila protes yang dilakukan pemain atau pelatih atau manager team menyangkut ajustment, tapi protes dapat dilakukan dan dapat diterima apabila protes dilaukan terhadap salah penerapan rules. Jadi ada permainan yang dapat dilanjutkan dengan protes (game under protes, selengkapnya dapat dibaca pada Rules Permainan Softball yang dikeluarkan oleh ISF. 
Seorang Umpire dapat mengeluarkan siapa saja baik pemain atau bahkan seorang pelatih (coach) keluar lapangan, jika menurut umpire mengganggu jalannya pertandingan.

CARA BERMAIN
  * Sofbal dimainkan oleh dua pasukan di lapangan sofbal. Setiap pasukan minima memiliki 9 pemain dan selebihnya merupakan simpanan. Permainan terdiri dari 9 babak yang disebut inning. Di dalam satu inning, pasukan yang bertanding masing-masing mempunyai kesempatan memukul (batting) untuk melakukan run. Ketika pasukan yang menyerang mendapat giliran memukul, seorang pelempar bola (pitcher) pasukan bertahan melemparkan bola ke arah penangkap bola (catcher) sekuat-kuatnya agar bola tidak dapat dipukul.    
  * Pasukan yang mendapat giliran memukul bergantian seorang demi seorang untuk memukul bola. Pasukan yang berjaga berusaha mematikan anggota pasukan yang mendapat giliran memukul. Pasukan yang mendapat giliran memukul mendapat kesempatan 3 kali mati (out) sebelum giliran memukul digantikan pasukan yang bertahan.
  * Skor atau run dihasilkan dari seorang runner berlari memijak semua base secara berurutan dan kembali memijak home plate. Setiap pelari yang berjaya mengelilingi dan menginjak home plate mendapat satu larian. Waktu permainan ditentukan oleh inning. Setiap pasukan mendapat giliran memukul sampai 3 kali out dan mematikan pasukan lawan 3 kali out, disebut 1 inning. Dalam tiap pertandingan sofbal masa permainan setidaknya 7 inning tergantung situasi, atau lama waktu 2 jam. Setelah menghabiskan inning, pasukan yang mendapat larian (run) terbanyak dikira sebagai pemenang.
 * Jika masa inning yang ditentukan sudah habis namun kedua-dua belah pasukan dalam keadaan seri, inning tambahan di lakukan sampai salah pertama pasukan keluar sebagai pemenang. Kondisi itu disebut tie break atau seri. Pada permulaan permainan, pasukan yang menjadi tuan rumah (home team) mendapat giliran melempar sedangkan pasukan tamu (visitor) mendapat giliran memukul.

Melempar bola (pitching)

   Permainan dimulai pada saat umpire memulakan pertandingan dan menjerit kata “Play Ball”. Setelah pemain bertahan (defense) memasuki kawasan jagaannya masing-masing, permainan antara pitcher di pasukan bertahan dan batter di pasukan memukul dapat dimulakan. 
   Seorang pitcher berdiri di atas plate dan menghadap ke arah catcher. Pitcher akan berusaha melempar bola sekuat tenaga ke mitt catcher. Posisi bola lempar mempunyai kawasan khusus yang disebut zon strike (strike zone), di mana hasil akhir lemparan terdapat di atas home plate dan tingginya tidak lebih dari dada dan tidak kurang dari lutut batter. 
   Jika bola dalam zon strike tidak terpukul oleh batter, maka umpire akan berteriak “strike”. 
     Manakala bola keluar dari zon strike, namun batter cuba memukul bola maka umpire akan berteriak “ball”. Zon strike adalah zon dimana bola dalam kawasan pukulan batter. Pada saat melempar, pitcher akan berusaha membuat bola strike dengan sekuat tenaga agar batter susah untuk memukul bola walaupun bola berada di zon pukulnya. Kehebatan seorang pitcher adalah melemparkan bola dengan kecepatan tinggi dan dengan sasaran yang tepat.


Penangkap bola (catcher)

   Dalam pertama pasukan setidak-tidaknya memiliki seorang catcher. Catcher akan dilengkapi dengan kelengkapan perlindungan dan bertugas menangkap lemparan pitcher. Catcher menggunakan helmet (catcher mask) untuk melindungi kepala dan muka, body protector untuk melindungi kawasan badan dan legguard untuk melindungi kawasab lutut ke bawah. 
    Posisi catcher adalah berada di belakang batter. Seorang pitcher dan catcher perlu memiliki komunikasi yang baik dengan isyarat-isyarat untuk bekerjasama mematikan seorang batter. Seorang catcher kadangkala adalah pengatur strategi yang baik, kerana dalam pertandingan catcher dapat melihat seluruh situasi yang terjadi di depannya.


Penjaga (fielder)

     Selain pitcher dan catcher , pasukan bertahan memiliki 7 orang fielder yang terbahagi dalam 4 penjaga kawasan dalam (infielder) dan 3 orang penjaga kawasan luar (outfielder). Bahagian dalam iaitu penjaga base pertama (1st base), penjaga base kedua (2nd base), Penjaga antara base kedua dan ketiga (shortstop), dan penjaga base ketiga (3rd base). Sedangkan penjaga luar terdapat di sebalah kiri (left fielder), tengah (center), dan kanan (right fielder). Semua fielder (termasuk pitcher dan catcher) berusaha mematikan 3 orang pasukan lawan agar mendapat giliran memukul. Kerana run hanya dapat dilakukan dalam posisi menyerang.


Memukul (batting)

   Tiap batter mempunyai kesempatan 3 kali strike dan 4 kali ball. 3 kali strike akan membuat batter mati “Strike Out”. apabila 4 kali ball maka batter akan dibenarkan berjalan bebas ke arah base pertama yang di namakan sebagai free walk.. Apabila batter berjaya memukul bola, batter akan berlari sekuat hati mencapai base pertama sebelum bola di kembalikan atau di tangkap oleh penjaga base pertama. Jika batter berjaya sampai di base pertama sebelum penjaga base pertama menangkap bola maka batter “safe”. Namun bila penjaga base pertama lebih cepat menangkap bola, maka batter “out”. Terdapat berbagai cara memukul bola sofbal. Hit, Bunt, hit and run, Steal dan lain-lain. Tergantung situasi yang terjadi saat itu. Berbagai-bagai jenis hit yang di gunakan sesuai dengan strategi yang akan ditempuhi oleh pasukan penyerang.

INTERNATIONAL SOFTBALL FEDERATION

    Badan inilah yang akhirnya membuat peraturan-peraturan berkaitan permainan sofbal yang berlaku di seluruh dunia, termasuk Malaysia pada saat ini. Naskah aslinya tertulis dalam bahasa Inggeris, dan diterjemahkan oleh negara-negara anggotanya.
    Terbentuknya International Softball Federation itu, maka memungkinkan diadakannya pertandingan antara negara yang bersifat antarabangsa. Kemudian diselenggarakan kejuaraan-kejuaraan peringkat tempatan, rantau dan dunia.
     Kejuaraan sofbal antarabangsa paling besar saat ini adalah Kejuaraan Sofbal Dunia (World Cup of Softball) yang diselenggarakan oleh Amateur Softball Association dibawah naungan International Softball Federation. Negara-negara anggota ISF yang memasuki babak kelayakkan setiap tahun menghantar kontinjennya untuk bertanding. Setalah berjaya dalam kelayakkan, sejumlah 6 negara akan bertanding sesama mereka (5 pertandingan). Hanya 2 pasukan terbaik sahaja akan bertanding untuk merebut posisi juara one-game-winner-take-all championship. Juara terdahulu:
  • 2005- Jepun 3 Amerika Syarikat 1
  • 2006- Amerika Syarikat 5 Jepun 2
  • 2007- Amerika Syarikat 3 Jepun 0

PENUTUP
      Sukan sofbal merupakan sukan yang praktikal dan mudah untuk dimainkan. Ia melibatkan seluruh kefungsian dalam tubuh dalam merancang dan merangka strategi bagi memenangi dalam sesuatu perlawanan. Kognitif, afektif dan juga psikomotor akan digunakan secara keseluruhannya

Tuesday 14 June 2011

PEMBELAJARAN MOTOR

PENGENALAN

Pembelajaran Motor adalah berteraskan kepada pergerakan. Mengikut Cratty (1975). Pembelajaran Motor adalah perubahan tahap kemahiran yang stabil hasil dari percubaan  yang berulang-ulang. Definisi lain yang  diberikan oleh Drowatzky (1981)  ‘ penyesuaian yang melibatkan pergerakan dan tindakbalas otot.’ Kesimpulannya, Pembelajaran Motor melibatkan pemikiran dan tubuh badan.    



KEMAHIRAN MOTOR

Kemahiran motor diguna dalam konteks  yang berbeza:

1. Sebagai tugasan atau perlakuan 
    * mempunyai matlamat yang khusus untuk dicapai memerlukan pergerakan   
      anggota badan     
                               - ada tujuan       
                               - secara sukarela      
                               - memerlukan pergerakan anggota badan.



2. Sebagai indikator prestasi berkualiti 
   * kemahiran dinilai dengan prestasi yang produktif contoh: 60%  -70%  servis  
     pertama dalam permainan tenis dikira  dengan lakuan yang betul dan tepat 
   * prestasi individu yang tipikal ( characteristic performance) seperti prestasi 
     yang konsiten, mengguna tanda-tanda yang bermakna.      



KLASIFIKASI KEMAHIRAN
Kemahiran boleh diklasifikasikan dengan sifat-sifat yang berbeza. 
*** Kemahiran-Kemahiran Terasing, Berterusan, Bersiri. 


*Kemahiran Terasing - permulaan daan akhiran lakuan aadalah jelas. Contoh: 
                        - tendangan/pukulan penalti dalam permainan hoki            
                        - lontar peluru


 *Kemahiran Berterusan

- tidak ada permulaan dan akhiran masa yang jelas dan ianya  berterusan .Contoh:                                       
                        - mengelecek bola dalam permainan bola sepak/hoki      
                        - berenang, berkayak


 *Kemahiran Bersiri

- gabungan kemahiran-kemahiran terasing dalam satu masa perlakuan. Contoh: 
                    - bermain piano, latihan lantai dalam gimnastik, melakukan pukulan
                    - pukulan sambil bergerak dalam permainan  tenis


 *Kemahiran-Kemahiran Motor Halus dan Kasar
Klasifikasi yang berasaskan kepada pergerakan dan daya yang digunakan dalam sesuatu  kemahiran.  

      **Kemahiran Motor Kasar

- kemahiran yang melibatkan kumpulan otot-otot kasar/besar atau melibatkan   
  banyak anggota. Contoh: menendang bola, berenang, berjalan  
      
      **Kemahiran Motor Halus

- kemahiran yang melibatkan kumpulan ottot-otot kecil/ halus dan sukar dilihat.  
  Contoh: menulis, melukis



      **Terdapat kesukaran dalam mengklasifikasikan sesetengah kemahiran
         bagi  menentukan kumpulan otot kasar atau halus. Contoh: mengimbang
         di atas palang imbangan  dengan sebelah kaki


  


KEMAHIRAN-KEMAHIRAN TERTUTUP & TERBUKA

Klasifikasi kemahiran ini dicadangkan oleh Poulton (1957) dan Knapp (1964). Kemahiran ini berasaskan kepada penyesuaian dengan persekitaran.
        
*Kemahiran Terbuka

  - perubahan persekitaran yang sukar diduga dan ianya tidak stabil. 
    Contoh: pukulan rali dalam tenis, menembak pada sasaran yang bergerak

*Kemahiran Tertutup

  - persekitaran tetap dan stabil. 
    Contoh: bowling, menaiki tangga, menembak pada sasaran yang tetap    


PRINSIP PEMINDAHAN PEMBELAJARAN 

Proses ppembelajaran motor seseorang individu banyak dipengaruhi oleh pemindahan pembelajaran. Magill (1985) menyatakan pemindahan pembelajaran adalah pengaruh kemahairan yang baru.


Definisi lain: 
        Singer (1980): “……..penggunaan pengalaman lepas dalam mempelajari  
                                 kemahiran baru pada situasi yang berlainan.” 
        Sage (1977)  : “……...kesan pembelajaran lepas kepada penerimaan   
                                 pembelajaran yang baru.”  


** Pemindahan Pembelajaran Berkonsepkan
          
    Pengalaman, Kemahiran + Pengetahuan Lalu

                                  +                                    =    Disesuaikan dgn situasi baru                                   
              Pembelajaran Kemahiran Baru  


**JENIS-JENIS PEMINDAHAN PEMBELAJARAN 

1. Pemindahan Positif  :  pengalaman, pengetahuan dan kemahiran lepas  
                                           membantu pembelajaran tugasan baru.


2 Pemindahan Negatif :  pengalaman, pengetahuan dan kemahiran lepas  
                                           menghalang pembelajaran tugasan baru.


3.Pemindahan Nuteral :  pengalaman, pengetahuan dan kemahiran lepas tidak  
                                           memberi kesan kepada pembelajaran tugasan baru.  


FAKTOR -FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMINDAHAN PEMBELAJARAN

a. pengalaman lepas 
b. sifat tugasan 
c. elemen yang berpindah 
d. tumpuan 
e. pengetahuan tentang prinsip pembelajaran 
 f. tumpuan.    

**PERBEZAAN INDIVIDU

Prestasi di antara seseorang individu dengan individu yang lain adalah berbeza. Perbezaan yang sangat nyata adalah pada umur dan jantina. 


Contoh: - golongan lelaki boleh melakukan sesuatu aktiviti lebih baik daripada 

                golongan wanita dan sebaliknya.       
              - keupayaan memproses maklumat, menyimpan dan mengingat adalah 
                rendah di kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa.

Perbezaaan lain yang  membezakan prestasi individu adalah:

a. Perbezaan kebolehan yang melibatkan kebolehan fizikal seperti kordinasi,  
    keseimbangan, kinestesis dan masa tindakan. 
              - kebolehan mental seperti tumpuan, persepsi, membuat keputusan 
                dan kepintaran.
b. Baka.

c. Ciri-ciri fizikal, antaranya: 
              - tinggi                   
              - rasa 
              - berat                    
              - susuk tubuh 
              - kekuatan              
              - pendengaran 
              - kelembutan



d. Kestabilan  emosi. 
     - prestasi terjejas dengan tahap tekanan dan kebimbangan  yang tinggi.


e. Kematangan dan Pertumbuhan. 
    - kematangan adalah pada kadar yang berbeza samada fizikal atau mental  
      seseorang. Umur kronologi tidak menunjukan kematangan seseorang.


f. Pembelajaran dan Pengalaman Lepas. 
    - pelajar baru mempunyai tahap prestasi yang rendah berbanding pelajar
      lama.


g. Motivasi. 
    - setiap individu mempunyai tahap motivasi dan pendorong yang berbeza  
      terhadap sesuatu aktiviti.


h. Keadaan Persekitaran. 
    - persekitaran mempengaruhi pengalaman seseorang  seperti alatan, bentuk
      arahan dan keadaan cuaca.


i. Pengaruh Sosiobudaya. 
   - keadaan sosial - pengaruh budaya seperti latar belakang keluarga, ekonomi  
     dan tradisi kebangsaan contoh: kurang perenang dan pemain tenis Amerika
     dari orang-orang  berkulit hitam.


SUMBER :http://zarin58.tripod.com/pmotor.htm