Saturday 2 July 2011

LOMPAT TINGGI - Bahagian 1


1.1      PENGENALAN
Lompat Tinggi merupakan satu acara sukan yang mengunakan ketinggian sebagai penentu kejayaan. Acara lompat tinggi ini sudah lama bertapak di arena sukan olahraga dalam dikategorikan dalam acara padang. Acara lompat tinggi memberi kebebasan kepada peserta untuk memilih gaya lompatan yang sesuai dengan daya serta keupayaan mereka.
Menyorot kembali perkembangan acara lompat tinggi, cara dan teknik lompat tinggi telah mengalami perubahan daripada aspek gaya lompatan, pusingan dan juga flop. Banyak gaya lompatan terdapat dalam acara ini seperti gaya gunting dan gaya timur. Namun setelah melalui beberapa transisi, atlit pelompat tinggi sekarang lazimnya mengunakan teknik lompatan Fosbury Flop.
Di Malaysia, antara atlit lompat tinggi terbaik adalah Ramjit Singh, Lou Chee Peng, Lee Kum Zee dan Nor Aishah Ismail. 

SEJARAH LOMPAT TINGGI
Catatan terawal tentang lompat tinggi ialah pada abad ke- 19 apabila suatu pertandingan diadakan bagi menentukan siapa antara segolongan professional di England yang mampu melompat paling tinggi.

Lompat tinggi telah dipertandingkan di Sukan Olimpik sebagai acara individu dan termasuk sekali dalam acara Lelaki Decathlon dan Perempuan Heptathlon.  Dimulakan seawal Olimpik pada zaman Greece, rekod pertama acara Lompat Tinggi dicatatkan di Scotland dengan pencapaian melebihi 1.68 m oleh peserta pada masa itu. Lompatan yang dibuat oleh peserta itu merupakan yang paling tinggi bukan sahaja dibandingkan di kalangan peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan itu. Malah ketika itu, belum pernah ada orang lain yang melompat setinggi itu. . Namun begitu orang yang pertama berjaya melepasi paras 7 kaki dalam dunia ialah Charles Dumas dari Amerika dalam Kejohanan Olimpik 1956 dengan lompatan setinggi 7 kaki 0.3 inci.

Acara lompat jauh ini mengandungi 4 fasa iaitu:
a)     Penujuan – larian menghala ke palang
b)     Lonjakan – tindakan kaki untuk menaikkan badan
c)     Layangan – gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas palang.
d)     Pendaratan – sentuhan badan dan bahagiannya dengan tempat mendarat

Menurut Dick Fosbury, pengasas gaya Fosbury dalam lompat tinggi, latihannya berpusatkan kekuatan latihan yang digunakan, menjadi kawan baik dengan jurulatih dan menanamkan semangat untuk memecahkan rekod dunia dan akhirnya dia mendapat pingat emas dalam Olimpik. Setiap lompatan mengandungi fasa penujuan larian, penukaran kelajuan secara mendatar kepadakelajuan menegak dan pendaratan. Perkara ini mempunyai banyak kesinambungan daripada satu acara ke acara yang lain. Jika sesuatu konsep mekanikal difahami, ia akan mudah digunakan untuk acara yang lain.

Perkembangan domestik acara lompat tinggi ini menyaksikan negara telah melahirkan beberapa atlit lompat tinggi yang berwibawa bukan sahaja di peringkat negara namun juga di peringkat Asia. Nama- nama seperti Ramjit Singh, Lou Chee Peng, Lee Kum Zee dan Nor Aishah Ismail cukup sinonim dengan acara sukan ini. Lee Hup Wei merupakan pemegang rekod lompat tinggi kebangsaan dengan catatan 2.27 meter ketika Kejohanan Asian Grand Prox di Chennai India.

Kini lompat tinggi merupakan salah satu acara bahagian padang dalam sukan olahraga yang terus dijadikan acara dalam setiap perjumpaan olahraga di pelbagai peringkat

UKURAN




  1. Tiang Lompat Tinggi
Tiang Lompat Tinggi ini hendaklah dijarakkan pada jarak minimum 4 meter atau maksimum 4.04 meter dari bahagian dalam

2.    Palang Lompat Tinggi
Panjang palang lompat tinggi ini hendaklah sesuai dengan jarak kedua-dua tiang yang dipasangkan. Berat maksimum palang ini ialah 2 kg. Palang ini diletakkan pada tiang menerusi alat sokongan khas. Alat sokongan ini hendaklah berbentuk segi empat rata dan berukuran 4 cm lebar dan 6 cm panjang.

3.    Kawasan Mendarat
Kawasan mendarat dalam acara lompat tinggi ini adalah tilam atau pengalas lembut bergetah dan berbentuk segiempat dengan saiz 5 meter panjang dan 4 meter lebar dan 1 meter tebal.

4.    Pita Pengukur
Pita pengukur digunakan untuk mengukur ketinggian lompatan yang dilakukan oleh peserta. Pengukuran ketinggian hendaklah dibuat sebelum acara lompatan. Pegawai pertandingan terlebih dahulu akan memulakan acara ini pada suatu ketinggian tertentu mengikut keupayaan para peserta dan ketinggian lompatan akan diukur daripada bahagian tengah palang ke aras tanah.

    UNDANG - UNDANG DAN PERATURAN ACARA LOMPAT TINGGI

Lompat tinggi mempunyai undang – undang dan peraturan yang khusus yang telah ditetapkan sama oleh IAAF seperti acara padang yang lain  dan harus dipatuhi oleh semua peserta dan pegawai yang terlibat dalam acara ini.

  1. Peserta hendaklah membuat lompatan mengikut susunan yang ditetapkan menerusi undian yang dilakukan sebelum pertandingan bermula.

  1. Peserta hendaklah membuat lompatan dengan menggunakan mana-mana sebelah kakinya semasa melonjak.

  1. Peserta boleh memilih arah atau sudut dari kawasan larian untuk memulakan larian untuk melompat.

  1. Pada permulaan pertandingan, pegawai pertandingan hendaklah memaklumkan kepada semua peserta ketinggian minimum yang akan digunakan sebagai ketinggian kelayakan. Setiap kali peserta berjaya melepasi ketinggian itu, palang akan dinaikkan dan peserta dikehendaki melompat melepasi aras bahu sehinggalah semua peserta gagal melepasi ketinggian itu.

  1. Peserta yang gagal melepasi palang pada sesuatu ketinggian selepas tiga percubaan akan terkeluar daripada pertandingan dan pencapaian peserta dikira pada ketinggian tertinggi yang berjaya dilepasinya sebelum itu.

  1. Peserta boleh meneruskan lompatan pada ketinggian baharu, walaupun peserta lain gagal melakukannya, sehinggalah dia gagal melepasi ketinggian itu.

  1. Kedua-dua tiang lompat tinggi hendaklah kekal di tempat yang ditetapkan dan tiang-tiang itu tidak boleh diubah ke tempat lain. Jika terpaksa berbuat demikian, pengubahan hendaklah dilakukan selepas semua peserta menamatkan lompatan pada sesuatu ketinggian tertentu.

  1. Peserta dibenarkan meletakkan penanda yang disediakan oleh pegawai pertandingan untuk mengukur larian sendiri sebelum membuat lompatan.

  1. Jika lebih daripada seorang peserta yang mampu melepasi suatu ketinggian tetapi gagal melepasi ketinggian berikut, maka peserta yang melepasi ketinggian itu dengan jumlah lompatan yang sedikit dikira pemenang. Jika selepas itu, masih ada lebih daripada seorang peserta yang berjaya, peserta dengan lompatan yang lebih sedikit pada ketinggian sebelumnya dikira pemenang.

  1. Peserta dikatakan telah melakukan kesalahan sekiranya dia :


    1. Menyebabkan palang pada tiang lompat tinggi terjatuh daripada penyokongnya, akibat terkena mana-mana bahagian tubuhnya.

    1. Terlebih dahulu menyentuh tempat atau kawasan pendaratan dengan sebarang bahagian tubuhnya, sama ada di dalam atau di luar daripada tiang, sebelum melepasi palang lompat tinggi.

    1. Gagal membuat lompatan setelah namanya telah dipanggil untuk berbuat demikian oleh pegawai pertandingan, atau dia terus menarik diri daripada sesuatu lompatan tertentu.

    1. Tidak mematuhi peraturan dan undang-undang lompat tinggi yang termasuk dari segi aturan pertandingan, tata tertib, pakaian dan tidak menghadirkan dri.

No comments:

Post a Comment